Mukhadimmah / Introduction

Sempena menjelangnya PILIHANRAYA UMUM 2008 pada tahun ini dan juga sempena kemajuan negara kita menuju kearah Wawasan 2020, eloklah kita berhenti sejenak dan merenung kembali SIAPAKAH pemimpin-pemimpin yang telah dan / atau akan dipilih oleh warganegara kita sendiri.

Thursday, February 21, 2008

KUALA LUMPUR, 21 Feb (Hrkh) - Rakyat mesti memuktamadkan usaha bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk membuang penyakit bawaan penggantinya, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 8 Mac ini, kata Ketua Dewan PAS Pusat, Salahuddin Ayub.

"Dr Mahathir telah memulakan usaha untuk membuang pelbagai penyakit yang dijangkitkan oleh Perdana Menteri ke atas negara ini sejak pertengahan 2005 lagi.

"Sekarang telah hampir 3 tahun Dr Mahathir telah berusaha tetapi penyakit bawaan Perdana Menteri ke atas negara ini semakin teruk.

"Rakyat Malaysia bertanggungjawab memuktamadkannya dengan memberikan ubat yang terbaik seperti yang disarankan oleh Dr Mahathir dalam syarahannya pada program anjuran Majlis Prihatin Malaysia (PRIMA) Ogos lalu dengan membuang punca penyakit, iaitu Perdana Menteri sendiri," kata beliau.

Dalam syarahannya itu, Dr Mahathir menyeru orang-orang Melayu supaya tidak lagi memberi sokongan kepada kepimpinan Abdullah yang disifatkan telah banyak melakukan kerosakan dan membiarkan rasuah berleluasa.

Salahuddin menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya menyekat kemenangan Barisan Nasional (BN) untuk menyelamatkan negara ini dari kemusnahan.
"Rakyat Malaysia khususnya para penyokong BN akan menyesal dan mengutuk diri sendiri jika terus mengundi BN tanpa mempedulikan ingatan Dr Mahathir bahawa kemenangan BN akan membawa kepada kemusnahan negara ini," kata beliau yang turut hadir dalam program syarahan Dr Mahathir anjuran PRIMA itu.

Beliau juga meminta rakyat supaya tidak melupakan pendedahan Dr Mahathir bahawa Abdullah melindungi kes rasuah seorang bekas menteri.

Sambil mendakwa berlaku tindakan menyembunyikan siasatan Badan Pencegah Rasuah (BPR) ke atas seorang menteri kabinet, Dr Mahathir berkata: "Saya tahu agensi itu telah menyiasat seseorang, tetapi ada cover up. Masa saya. Saya ingat tindakan akan diambil, tetapi tidak".

Ditanya siapa, bekas Perdana Menteri berkata, "seorang menteri kabinet semasa pentabiran saya."

Dr Mahathir juga yakin para pemimpin Umno yang membenarkan rasuah berlaku di negara ini akan menggunakan rasuah dalam pilihan raya ini.

Baginya, jika orang Melayu memilih pemimpin yang melakukan rasuah dan memberi undi kerana sogokan RM200, kepimpinan yang akan menerajui negara adalah kepimpinan yang rasuah.

Dr Mahathir juga menjangkakan pilihanraya umum kali ini mungkin yang paling kotor dan beliau bimbang Umno dan BN akan menggunakan "cara-cara haram" untuk mempengaruhi pengundi.
Mengambilkira ingatan Dr Mahathir itu, Salahuddin berharap rakyat menggunakan pilihan raya kali ini untuk memastikan tindakan Perdana Menteri melindungi rasuah tidak berulang lagi.

"Jika kita tidak membuang Perdana Menteri dan suku-sakatnya, tindakan melindungi perasuah akan berterusan dengan lebih buruk lagi selepas ini," kata beliau.

Oleh kerana Perdana Menteri melindungi rasuah, katanya lagi, rakyat tidak akan tahu sampai bila-bila siapakah bekas menteri rasuah yang dilindungi oleh Perdana Menteri itu.

"Adakah beliau kini sedang bercakap besar kononnya hendak merawat Kelantan?" tanya beliau sambil mengingatkan rakyat Kelantan supaya memerangi pelbagai wabak yang memusnahkan yang hendak dibawa oleh Umno ke Kelantan menjelang 8 Mac ini.

Salahuddin seterusnya bertanya, bagaimana pula dengan tanggapan rasuah ke atas Perdana Menteri yang melindungi kekayaan anak menantu dari disiasat rakyat?

"Bagaimana pula Timbalan Perdana Menteri yang terus dikaitkan dengan pembunuhan Altantuya Shaaribu dan masih tidak dilihat bersih dari skandal rasuah dalam pembelian Sukhoi dan Scorpene?" tanya beliau lagi.

Beliau mengingatkan, jika rakyat tidak membuang penyakit bawaan Perdana Menteri yang menyebabkan negara ini bergelumang dengan rasuah, mereka akan tambah tersiksa dengan kemegahan para pemimpin BN seperti Perdana Menteri sendiri, anak menantunya, Timbalannya, Datuk Seri S Samy Vellu, Datuk Seri Rafidah Aziz, Datuk Seri Annuar Musa dan lain-lain

0 comments: