Mukhadimmah / Introduction

Sempena menjelangnya PILIHANRAYA UMUM 2008 pada tahun ini dan juga sempena kemajuan negara kita menuju kearah Wawasan 2020, eloklah kita berhenti sejenak dan merenung kembali SIAPAKAH pemimpin-pemimpin yang telah dan / atau akan dipilih oleh warganegara kita sendiri.

Thursday, February 21, 2008

Smart Naza Mon Feb 18, 08 4:53:57 pm MYT
Saudara Pengarang,
Assalamualaikum.

Saya ingin membuat saranan kepada Harakah supaya dalam masa terdekat ini Barisan Alternatif melakukan serangan psikologi songsang ke atas para pengundi. Ada segelintir pengundi yang masih lagi dibelenggu dengan ketidakcerdikan mereka. Masih lagi tidak membuka mata. Masih lagi tidak menggunakan akal fikiran yang waras.

Mereka ini seperti lembu yang dicucuk hidungnya. Maka, mereka inilah yang akan menyebabkan kekalahan kepada usaha murni BA untuk menawan Malaysia daripada BN.

Saya perhatikan selama ini tidak banyak poster-poster atau risalah-risalah yang membuat pendekatan psikologi songsang ini. Kebanyakan risalah dan poster-poster tersebut memaparkan sesuatu yang tidak banyak memberi ruang untuk orang ramai berfikir.

Walaupun mereka membuat pendekatan psikologi dalam risalah dan poster tersebut, tetapi ini tidak membuatkan pengundi-pengundi di atas pagar ini untuk berfikir dengan baik.

Jadi sudah sampai masanya pihak BA membuat pendekatan reverse psikologi pula. Cadangan saya, dalam masa sesingkat ini iaitu sehingga sebelum 8 Mac, pihak BA perbanyakkanlah 'flyers', 'stickers', risalah-risalah, poster yang menggunakan pendekatan 'reverse psikologi'.
Edaran sebelum pengundian

Edarkanlah perantaraan ini pada hari Jumaat, 7 Mac di masjid (sebelum sembahyang Jumaat), di surau-surau (sebelum mengundi), di kereta dan di rumah-rumah sehari sebelum mengundi.
Ini kerana, kebiasaannya pada malam sebelum pilihan raya, TV3 akan membuat program jahat dalam bentuk penipuan yang terakhir sebelum mengundi. Dalam kesempatan itu, masukkanlah kata-kata seperti berikut untuk dilekatkan di kenderaan / dalam rumah / tempat yang sesuai:

"Untuk KENAIKAN TOL, KENAIKAN MINYAK, KENAIKAN HARGA BARANG, MENGAYAKAN PEMIMPIN BN, PENYELEWENGAN, RASUAH, SEKS, PEMBAZIRAN, SAMSENG, AMPU SANA, AMPU SINI, HIPOKRIT, TALAM DUA MUKA DAN BANYAK LAGI undilah BARISAN NAJIS (BN)" atau,

"Anda penyokong setia BN? Bagus dan terima kasih. Kerana anda akan pastikan kemenangan kepada BN. Dengan kemenangan ini anda akan terus MEMBAYAR TOL (walaupun penyokong setia) dan MENGKAYAKAN PEMIMPIN ANDA (biar pun penyokong setia tidak mendapat apa-apa pun).

Anda juga dapat membiarkan PEMIMPIN BN DAPAT MEMBINA RUMAH BESAR-BESAR, MENAIKKAN HARGA MINYAK, MENYEBABKAN KENAIKAN HARGA BARANG, MELAKUKAN RASUAH, PENYELEWENGAN, PENIPUAN, MELAKUKAN SEKS, PEMBAZIRAN DUIT RAKYAT DAN BANYAK LAGI. We LOVE U!

Jika pihak BA mempunyai buah fikiran yang lebih baik untuk menambah perasa dengan kata-kata yang lebih baik lagi maka terpulanglah. Kata-kata di atas adalah sebagai contoh sahaja. Saya harap para pengundi di atas pagar atau pengundi-pengundi totok BN ini akan terjaga dari khayalan mereka.
Amin.

Saya mohon BA mempertimbangkan idea saya ini untuk masa hadapan negara Malaysia yang kita cintai ini. Saya hanyalah penyokong kerdil yang mampu menjanakan idea untuk kejayaan BA. Wasalam ... --- aba.

KUALA LUMPUR, 21 Feb (Hrkh) - Rakyat mesti memuktamadkan usaha bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk membuang penyakit bawaan penggantinya, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 8 Mac ini, kata Ketua Dewan PAS Pusat, Salahuddin Ayub.

"Dr Mahathir telah memulakan usaha untuk membuang pelbagai penyakit yang dijangkitkan oleh Perdana Menteri ke atas negara ini sejak pertengahan 2005 lagi.

"Sekarang telah hampir 3 tahun Dr Mahathir telah berusaha tetapi penyakit bawaan Perdana Menteri ke atas negara ini semakin teruk.

"Rakyat Malaysia bertanggungjawab memuktamadkannya dengan memberikan ubat yang terbaik seperti yang disarankan oleh Dr Mahathir dalam syarahannya pada program anjuran Majlis Prihatin Malaysia (PRIMA) Ogos lalu dengan membuang punca penyakit, iaitu Perdana Menteri sendiri," kata beliau.

Dalam syarahannya itu, Dr Mahathir menyeru orang-orang Melayu supaya tidak lagi memberi sokongan kepada kepimpinan Abdullah yang disifatkan telah banyak melakukan kerosakan dan membiarkan rasuah berleluasa.

Salahuddin menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya menyekat kemenangan Barisan Nasional (BN) untuk menyelamatkan negara ini dari kemusnahan.
"Rakyat Malaysia khususnya para penyokong BN akan menyesal dan mengutuk diri sendiri jika terus mengundi BN tanpa mempedulikan ingatan Dr Mahathir bahawa kemenangan BN akan membawa kepada kemusnahan negara ini," kata beliau yang turut hadir dalam program syarahan Dr Mahathir anjuran PRIMA itu.

Beliau juga meminta rakyat supaya tidak melupakan pendedahan Dr Mahathir bahawa Abdullah melindungi kes rasuah seorang bekas menteri.

Sambil mendakwa berlaku tindakan menyembunyikan siasatan Badan Pencegah Rasuah (BPR) ke atas seorang menteri kabinet, Dr Mahathir berkata: "Saya tahu agensi itu telah menyiasat seseorang, tetapi ada cover up. Masa saya. Saya ingat tindakan akan diambil, tetapi tidak".

Ditanya siapa, bekas Perdana Menteri berkata, "seorang menteri kabinet semasa pentabiran saya."

Dr Mahathir juga yakin para pemimpin Umno yang membenarkan rasuah berlaku di negara ini akan menggunakan rasuah dalam pilihan raya ini.

Baginya, jika orang Melayu memilih pemimpin yang melakukan rasuah dan memberi undi kerana sogokan RM200, kepimpinan yang akan menerajui negara adalah kepimpinan yang rasuah.

Dr Mahathir juga menjangkakan pilihanraya umum kali ini mungkin yang paling kotor dan beliau bimbang Umno dan BN akan menggunakan "cara-cara haram" untuk mempengaruhi pengundi.
Mengambilkira ingatan Dr Mahathir itu, Salahuddin berharap rakyat menggunakan pilihan raya kali ini untuk memastikan tindakan Perdana Menteri melindungi rasuah tidak berulang lagi.

"Jika kita tidak membuang Perdana Menteri dan suku-sakatnya, tindakan melindungi perasuah akan berterusan dengan lebih buruk lagi selepas ini," kata beliau.

Oleh kerana Perdana Menteri melindungi rasuah, katanya lagi, rakyat tidak akan tahu sampai bila-bila siapakah bekas menteri rasuah yang dilindungi oleh Perdana Menteri itu.

"Adakah beliau kini sedang bercakap besar kononnya hendak merawat Kelantan?" tanya beliau sambil mengingatkan rakyat Kelantan supaya memerangi pelbagai wabak yang memusnahkan yang hendak dibawa oleh Umno ke Kelantan menjelang 8 Mac ini.

Salahuddin seterusnya bertanya, bagaimana pula dengan tanggapan rasuah ke atas Perdana Menteri yang melindungi kekayaan anak menantu dari disiasat rakyat?

"Bagaimana pula Timbalan Perdana Menteri yang terus dikaitkan dengan pembunuhan Altantuya Shaaribu dan masih tidak dilihat bersih dari skandal rasuah dalam pembelian Sukhoi dan Scorpene?" tanya beliau lagi.

Beliau mengingatkan, jika rakyat tidak membuang penyakit bawaan Perdana Menteri yang menyebabkan negara ini bergelumang dengan rasuah, mereka akan tambah tersiksa dengan kemegahan para pemimpin BN seperti Perdana Menteri sendiri, anak menantunya, Timbalannya, Datuk Seri S Samy Vellu, Datuk Seri Rafidah Aziz, Datuk Seri Annuar Musa dan lain-lain