Mukhadimmah / Introduction

Sempena menjelangnya PILIHANRAYA UMUM 2008 pada tahun ini dan juga sempena kemajuan negara kita menuju kearah Wawasan 2020, eloklah kita berhenti sejenak dan merenung kembali SIAPAKAH pemimpin-pemimpin yang telah dan / atau akan dipilih oleh warganegara kita sendiri.

Tuesday, January 22, 2008


Matlamat Dan Asas Perjuangan Politik

Parti Keadilan Rakyat adalah sebuah parti politik yang berjuang membentuk sebuah masyarakat yang adil dan negara yang demokratik, progresif dan bersatu-padu kepada semua rakyat tanpa mengira bangsa ataupun agama.

Matlamat dan asas perjuangan politik kami termaktub di dalam 17 perkara di bawah :

  1. Membentuk masyarakat yang adil dan negara yang demokratik, progresif dan bersatu-padu;
  2. Menyemai rasa hormat untuk sistem Raja Berperlembagaan, memperkukuhkan Demokrasi Berparlimen dan menyokong hak dan kuasa rakyat, serentak dengan usaha berterusan untuk meningkatkan rangka politik negara sesuai dengan harapan dan kepentingan rakyat;
  3. Mengasaskan dan menyemai kedaulatan undang-undang, media dan kehakiman yang bebas serta institusi keselamatan yang mendaulatkan prinsip-pinsip professionalisme;
  4. Menjamin kebebasan berfikir, bersuara, bergerak, berhimpun dan berpersatuan untuk semua;
    Mendaulatkan Islam sebagai agama Persekutuan sambil menjamin hak bukan Islam untuk beragama dan berfikir, dan untuk meperkembangkan peranan agama dan nilai-nila sejagat demi menegakkan kebenaran, keadilan, tatacara berakhak, kemanusiaan dan kemuliaan insan;
  5. Menjamin Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi, sambil menjamin hak semua warganegara mengguna, mempelajari dan dididik dalam bahasa-bahasa lain; dan menyemai pembangunan kebudayaan dan kesenian Islam berasaskan unsur-unsur penting warisan kebudayaan yang ada di negara ini;
  6. Memperkembangkan sistem Persekutuan yang adil, bertanggungjawab dan demokratik yang mengimbangi kepentingan negeri-negeri dengan kuasa kerajaan Persekutuan;
  7. Memperkasakan kemuliaan insan, nilai-nilai keinsanan dan budaya penyayang, mendaulatkan hak asasi manusia, dengan komitmen teguh terhadap prinsip kewibawaan dan akauntabiliti dalam bidang-bidang ekonomi, politik dan pentadbiran;
  8. Membentuk ekonomi yang adil dan dinamik, yang mementingkan pertumbuhan dan juga pengagihan yang saksama, yang bebas daripada ketidakadilan, yang tidak bertepatan dan pembaziran, sambil mengatasi kemiskinan dan mencegah kekayaan tertumpu pada satu-satu pihak;
  9. Menjamin, berasaskan prinsip keadilan, kedudukan kaum Melayu dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak digunakan semata-mata untuk meningkatkan status sosio-ekonomi mereka yang miskin dan terpinggir, dan keperluan yang saksama dibuat untuk golongan miskin dan terpinggir bukan Melayu dan bukan Bumiputera, ke arah mencapai keadilan untuk perpaduan nasional;
  10. Memberikan kemudahan sosial seperti pendidikan, kesihatan, perumahan, dan kenderaan awam pada kos berpatutan sesuai dengan tanggungjawab sosial kerajaan, terutamanya buat kumpulan berpendapatan rendah dan sederhana;
  11. Memperkembangkan dan melindungi hak bekerja, gaji yang saksama, keselamatan di tempat kerja dan kualiti kehidupan untuk semua;
  12. Memperkukuhkan kedudukan wanita dalam masyarakat, menyemai dan melindungi hak-hak dan kepentingan mereka dan menjamin yang mereka dapat menikmati status sama rata dan tidak menjadi mangsa diskriminasi dan eksploitasi;
  13. Menyemai hak belia dan pembangunan penuh potensi mereka dan menjamin penglibatan bermakna belia dalam segala lapangan kehidupan;
  14. Membaiki mutu kehidupan Orang Asal sambil menghormati adat resam mereka, melaksanakan program pembangunan yang sesuai menerusi perundingan dengan mereka, dan melindungi hak mereka ke atas Tanah Adat mereka;
  15. Melindungi alam sekitar daripada kerosakan, mengelakkan pencemaran sambil meningkatkan kualiti alam sekitar dan memastikan pembangunan bersifat lestari;
  16. Menggalakkan sistem antarabangsa yang saksama dan demokratik, melaksanakan dasar luar yang bebas dan beretika, membina persekitaran yang sesuai untuk masyarakat bermaklumat yang boleh menghadapi cabaran globalisasi sambil menolak unsur-unsur proses globalisasi yang mengancam kepentingan rakyat, negara dan umat manusia, dan melindungi ekonomi, politik dan keselamatan negara daripada dikiblatkan kepada kepentingan kuasa-kuasa besar dunia.

Perubahan Pimpinan

Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah kepada pihak pembangkang kerana telah mengetengahkan pelbagai isu yang penting / relevan demi negara dan warga malaysia dengan ruang yang amat terhad. Walaupun saya tidak melibatkan secara langsung dengan mana2 parti politik, saya percaya ramai rakyat negara ini peka dengan sebarang perkembangan politik di dalam negara.

Rakyat malaysia perlu matang untuk menerima sebarang perubahan positif tanpa mengorbankan sebarang nilai-nilai kehidupan sedia ada (yang baik saja...yang tak baik tu perlulah diubah). Apakah rakyat malaysia tidak cukup matang sekarang untuk menerima perubahan kerajaan? Kerapkali kerajaan BN memberi persepsi bahawa malaysia akan kucar-kacir, huru-hara dan macam2 lagi sekiranya menukar kerajaan dengan memilih pembangkang. Kononnya segala apa yang dinikmati sekarang ini akan lenyap sekelip mata sekiranya tidak memilih kerajaan pimpinan sekarang. Sedangkan pihak yang menyokong kerajaan BN yang tahu tentang propaganda ini pula terus mengetengahkan isu ini demi kepentingan peribadi.

Naluri setiap insan untuk menjaga kebajikan tanggungan insan itu secara mutlaknya tetap ada. seorang bapa akan menjaga kebajikan keluarganya, seorang penghulu akan menjaga kebajikan orang kampungnya, seorang ustaz akan menjaga kebajikan masyarakat islamnya, seorang sami akan menjaga kebajikan penganut agamanya. Ini adalah naluri semulajadi. Inilah cabaran pihak pembangkang untuk meyakinkan warga malaysia supaya menerima perubahan. Warga yang jujur takut kehilangan kebajikan mereka dan warga yang mengambil kesempatan peribadi (rasuah, jenayah kolar putih, dll) juga takut kehilangan kebajikan sumber haram mereka.

Mampukah pembangkang dapat menangani cabaran ini sempena menjelangnya pilihanraya umum kelak dan berupaya menunjukkan model pimpinan yang lebih bersih, progresif dan cemerlang.

Memang tak dapat dinafikan bahawa negara MALAYSIA tercinta ini telah berkembang maju sejak merdeka. Apatah lagi kalau hendak dibandingkan semasa zaman penjajahan asing sama ada oleh pihak Portugis, British ataupun Jepun. Mengapakah pihak penjajah asing di malaysia begitu rakus dengan fahaman mereka tanpa mengambil kira kepentingan rakyat.

Kini, pada tahun 2008 ini, pasti majoriti rakyat malaysia (melebihi 50%) adalah anak selepas MERDEKA kerana kita sudah merdeka selama 50 tahun. Sebahagian besar rakyat malaysia berusia dibawah 50an. Jadi pengalaman majoriti rakyat kita tentang zaman penjajahan hanyalah melalui pembelajaran / pengetahuan sejarah (secara formal ataupun tidak).

Kenapa penjajah asing begitu ganas menindas dan mengaut harta tempatan bila berkuasa? Mereka berkuasa mutlak secara kekerasan (berperang) dan ini menjadikan mereka amat berkuasa. Rakyat pasti tidak mampu menentang. Rakyat malaysia dizaman itu berjuang untuk kemerdekaan - memimpin negara dan rakyat sendiri demi kesejahteraan dan kemajuan kita semua. Mujurlah negara kita MERDEKA. Benarkah kita betul2 MERDEKA? Apakah kita tidak ditindas secara diam, berselindung dibelakang sistem politik dan perundangan? Kekayaan dinikmati segelintir golongan elit yang berkuasa. Siapa yang mendokong semua ini? Adakah rakyat tidak mampu mengubahnya?

Adakah pemimpin negara kita sekarang telah mabuk kerana terlampau berkuasa? Mabuk mengaut kekayaan dan kemewahan. Mengapa pemimpin kita amat berkuasa? Dari mana datangnya kuasa itu? DARI KITA RAKYAT MALAYSIA tanpa mengira bangsa dan agama. Kita yang membentuk kepimpinan negara kerana kita memilih pemimpin2 ini.

Jadi adalah amat wajar sekiranya kira sebagai rakyat MALAYSIA supaya menukar mana-mana pemimpin yang telah mabuk ini kerana terlalu berkuasa. Tunjukkan kuasa rakyat semasa pilihanraya dengan memilih wakil2 yang benar2 layak menjaji PEMIMPIN MALAYSIA. Janganlah sehingga kita dipimpin oleh penjajah tempatan.

Monday, January 21, 2008

Sebagai rakyat Malaysia, saya selalu terdengar kata-kata pemimpin kerajaan ini bahawa rakyat malaysia seperti tidak ada pilihan lain dalam percaturan untuk memilih pemimpin di negara ini. Tiada kerajaan yang lebih baik dan mampu mentadbir negara ini kecuali kerajaan Barisan nasional. Adakah kita sekarang telah memilih yng terbaik? Adakah kita telah mendapat pemimpin yang terbaik.

Dalam negara yang mengamalkan sistem demokrasi, KERAJAAN adalah RAKYAT kerana kita yang memilih diantara jutaan rakyat untuk diangkat menjadi pemimpin. Namun kadangkala ada pemimpin yang telah dipilih rakyat itu terlupa dan menyangka KERAJAAN adalah di satu pihak dan RAKYAT di satu pihak yang lain.

Maka timbullah pelbagai rahsia KERAJAAN sedangkan rahsia berkenaan juga sepatutnya merupakan rahsia RAKYAT. Rahsia-rahsia berkenaan adalah rahsia segelintir pemimpin yang berselindung disebalik kerajaan untuk kepentingan peribadi atau sekelompok pemimpin.

Sebab itu perjanjian konsesi projek lebuhraya dan berbagai projek penswastaan yang mengutip wang rakyat diklasifikasikan sebagai RAHSIA KERAJAAN. Wajar ke perkara sedemikian dirahsiakan daripada rakyat? Bukankah rakyat yang memilih kerajaan?