Mukhadimmah / Introduction

Sempena menjelangnya PILIHANRAYA UMUM 2008 pada tahun ini dan juga sempena kemajuan negara kita menuju kearah Wawasan 2020, eloklah kita berhenti sejenak dan merenung kembali SIAPAKAH pemimpin-pemimpin yang telah dan / atau akan dipilih oleh warganegara kita sendiri.

Monday, January 21, 2008

Sebagai rakyat Malaysia, saya selalu terdengar kata-kata pemimpin kerajaan ini bahawa rakyat malaysia seperti tidak ada pilihan lain dalam percaturan untuk memilih pemimpin di negara ini. Tiada kerajaan yang lebih baik dan mampu mentadbir negara ini kecuali kerajaan Barisan nasional. Adakah kita sekarang telah memilih yng terbaik? Adakah kita telah mendapat pemimpin yang terbaik.

Dalam negara yang mengamalkan sistem demokrasi, KERAJAAN adalah RAKYAT kerana kita yang memilih diantara jutaan rakyat untuk diangkat menjadi pemimpin. Namun kadangkala ada pemimpin yang telah dipilih rakyat itu terlupa dan menyangka KERAJAAN adalah di satu pihak dan RAKYAT di satu pihak yang lain.

Maka timbullah pelbagai rahsia KERAJAAN sedangkan rahsia berkenaan juga sepatutnya merupakan rahsia RAKYAT. Rahsia-rahsia berkenaan adalah rahsia segelintir pemimpin yang berselindung disebalik kerajaan untuk kepentingan peribadi atau sekelompok pemimpin.

Sebab itu perjanjian konsesi projek lebuhraya dan berbagai projek penswastaan yang mengutip wang rakyat diklasifikasikan sebagai RAHSIA KERAJAAN. Wajar ke perkara sedemikian dirahsiakan daripada rakyat? Bukankah rakyat yang memilih kerajaan?

0 comments: