Mukhadimmah / Introduction
Tuesday, January 22, 2008
Memang tak dapat dinafikan bahawa negara MALAYSIA tercinta ini telah berkembang maju sejak merdeka. Apatah lagi kalau hendak dibandingkan semasa zaman penjajahan asing sama ada oleh pihak Portugis, British ataupun Jepun. Mengapakah pihak penjajah asing di malaysia begitu rakus dengan fahaman mereka tanpa mengambil kira kepentingan rakyat.
Kini, pada tahun 2008 ini, pasti majoriti rakyat malaysia (melebihi 50%) adalah anak selepas MERDEKA kerana kita sudah merdeka selama 50 tahun. Sebahagian besar rakyat malaysia berusia dibawah 50an. Jadi pengalaman majoriti rakyat kita tentang zaman penjajahan hanyalah melalui pembelajaran / pengetahuan sejarah (secara formal ataupun tidak).
Kenapa penjajah asing begitu ganas menindas dan mengaut harta tempatan bila berkuasa? Mereka berkuasa mutlak secara kekerasan (berperang) dan ini menjadikan mereka amat berkuasa. Rakyat pasti tidak mampu menentang. Rakyat malaysia dizaman itu berjuang untuk kemerdekaan - memimpin negara dan rakyat sendiri demi kesejahteraan dan kemajuan kita semua. Mujurlah negara kita MERDEKA. Benarkah kita betul2 MERDEKA? Apakah kita tidak ditindas secara diam, berselindung dibelakang sistem politik dan perundangan? Kekayaan dinikmati segelintir golongan elit yang berkuasa. Siapa yang mendokong semua ini? Adakah rakyat tidak mampu mengubahnya?
Adakah pemimpin negara kita sekarang telah mabuk kerana terlampau berkuasa? Mabuk mengaut kekayaan dan kemewahan. Mengapa pemimpin kita amat berkuasa? Dari mana datangnya kuasa itu? DARI KITA RAKYAT MALAYSIA tanpa mengira bangsa dan agama. Kita yang membentuk kepimpinan negara kerana kita memilih pemimpin2 ini.
Jadi adalah amat wajar sekiranya kira sebagai rakyat MALAYSIA supaya menukar mana-mana pemimpin yang telah mabuk ini kerana terlalu berkuasa. Tunjukkan kuasa rakyat semasa pilihanraya dengan memilih wakil2 yang benar2 layak menjaji PEMIMPIN MALAYSIA. Janganlah sehingga kita dipimpin oleh penjajah tempatan.
Labels: Pemimpin dan Rakyat, Santapan Minda
0 comments:
Post a Comment