Mukhadimmah / Introduction

Sempena menjelangnya PILIHANRAYA UMUM 2008 pada tahun ini dan juga sempena kemajuan negara kita menuju kearah Wawasan 2020, eloklah kita berhenti sejenak dan merenung kembali SIAPAKAH pemimpin-pemimpin yang telah dan / atau akan dipilih oleh warganegara kita sendiri.
Showing posts with label KJ. Show all posts
Showing posts with label KJ. Show all posts

Wednesday, February 27, 2008

Khairy Bukan Orang Rembau

Kalau kita jumpa orang tua-tua di Rembau , terutamanya di Kg Gadong , Kg Tanjung , Kg Seberang Paya , Kg Mungkal , Kg Memperah dan lain-lain kampung yang berdekatan , mereka akan katakan Khairy sebenarnya bukan orang Rembau.

Menurut adat orang Rembau , keturunan adalah mengikut asal keturunan ibu. Dalam kes Khairy , orang tua-tua Rembau mengatakan Khairy bukan orang Rembau tetapi ialah orang Pulau Pinang , kerana ibu Khairy ialah orang Pulau Pinang , hanya arwah ayahnya saja orang Rembau.

Begitu juga dalam kes melantik Undang Rembau. Mestilah dilihat dari keturunan sebelah emak. Hanya dua suku yang layak menjadi Undang di Rembau ini , iaitu suku Dato Sedia Raja dan suku Lela Maharaja. Jika ayah suku Dato Sedia Raja dan emak adalah orang bukan dari dua suku tadi , maka secara otomatik , anak tidak layak untuk menjadi Undang.

Selamat Datang ke Rembau , Tanah Beradat

Di dalam politik UMNO, kawan jadi lawan dan lawan jadi kawan. Perebutan kuasa boleh menyebabkan kawan jadi lawan dan akhirnya siapa yang kurang berkuasa akan jatuh terjelepok.Isu pencalunan yang menjadi kecoh di kalangan pemimpin UMNO adalah usaha dan kerjasama Khairy dan beberapa ahli fikir Dollah Badawi termasuk Kalimullah dan Anuar Zaini. Merujuk kepada cita cita ingin menjadi Perdana Menteri pada umur 40 tahun, maka setiap pencalunan berpandu kepada keakraban Khairy dan bakal calun. Contoh terbaik adalah Datuk Rahman yang dahulunya berjasa kepada UMNO terengganu kerana berjaya menjatuhkan TG Hj Hadi, kini menjadi mangsa menantu ex Perdana Menteri itu.

Kekecohan tidak berlaku di Terengganu sahaja malah beberapa buah negeri. Sehinggakan pihak berkuasa menjadikan lokasi lokasi tertentu sebagai kawasan panas. Ada yang berpiket sehingga 3 hari, ada yang berkunjung ke rumah Menteri Besar dan Pedana Menteri untuk merayu, tetapi kuasa Khairy melebihi segala galanya. Semua rayuan ditolak dan keputusan adalah muktamad.

Kini Khairy bakal bertanding sebagai Ahli Parlimen Rembau. Kononnya ia kampung halaman. Merujuk kepada artikel di atas, beliau bukan lah rakyat jati negeri sembilan. Mungkin kenyataan ini benar. Kulit nya tidak sawo matang, tetapi lebih kepada ular sawa. Gelap ala mamak. Macam Zainuddin Mydin. Mungkin ada bau bau bacang tapi itu bukan tajuk cerita.
Percaturan politik lebih kepada nafsu dan cita citanya menggusarkan semua pihak. Najib Razak sudah membisu, Hisammuddin Hussin pun sudah terdiam, ini kan pula Ahli Parlimen atau wakil rakyat.

Kuasanya ada pada Abdullah Badawi. Raja kepada raja di negara kita. Kuasanya melebihi adat Negeri Sembilan, termasuk 'UNDANG'. Ia sudah mampu merubah sesuatu, kalau ia mahu. Tambahan lagi dengan kuasa yang ada. Umpama sang Qarun yang cuba menjadi tuhan kerana kaya dan kuasa dunianya.

Kini UNDANG di dalam bahaya. Raja sekian alam sudah berada di Rembau. Tunggu waktu untuk berkuasa dan mempunyai hulubalang. Sejauh mana kebalnya sistem UNDANG dan adat PEPATIH boleh bertahan dengan kuasa manusia yang mampu memetik jari untuk mencari hulubalang. Duit jadi bicara. Budak bisu dan bodoh pun boleh jadi raja asalkan dia kaya. Ini kan pula menantu bekas Perdana Menteri yang mampu merubah struktur UMNO sebelum pilihanraya di dalam sekelip mata. Yakinnya beliau sehingga tidak bimbang kalau kalau UMNO kecundang akibat rakyat yang berpatah arang.

Berwaspada dan ubahlah sebelum parah. Sedikit luka, bawa bencana. Anak muda mampu mengarah. Khairy adalah manusia gila kuasa. Merbahaya kepada rakyat jelata serta pemimpin yang ada. Tanah Negeri Sembilan amat berharga. Ianya serupa, tapi adat mengawal segala. Ianya boleh menjadi punca. Undang dan raja raja, tunggu masa. Bila kuasa ada ditangan, lintah boleh menjadi naga, Bilis boleh menjadi jerung.

Mungkin ramai yang tidak perasan tetapi inilah hakikatnya. Menantu PM yang dikatakan begitu berkuasa nampaknya telah gagal menyusun beberapa orang kuatnya untuk bertanding dalam pilihanraya umum yang akan datang.

Satu persatu orang-orang menantu PM dicantas oleh "Kelab Menteri Besar". Didalam tulisan yang lalu kami menyiarkan bagaimana Wan Farid yang seharusnya menjadi Menteri Besar Terangganu dicantas oleh Idris Jusoh.

Cuba perhatikan bagaimana Norza Zakaria yang menjadi proksi menantu PM yang paling kanan gagal untuk mendapatkan mana-mana tempat untuk bertanding dalam pilihanraya umum yang akan datang. Norza yang sebelum ini digembar-gemburkan akan bertanding di kerusi parlimen Bukit Katil, Melaka atau kerusi parlimen Titiwangsa tersungkur ke bumi dikerjakan oleh Ali Rustam dan Zulhasnan.

Sementara Ahmad Zaki Zahid yang juga merupakan Ketua Pemuda UMNO Putrajaya yang sebelum ini digembar-gemburkan akan mengambil alih kerusi Tengku Adnan hanya mampu menelan air liur sahaja.

Kelab Menteri Besar sebulat suara untuk memastikan agenda jahat menantu PM tidak berjaya. Cuma Mahadzir Khalid dan Mohammad Hassan sahaja yang dikuasai oleh menantu PM. Selebihnya bersatu untuk memastikan menantu PM tidak menang mudah.

PM yang tidak tahu apa-apa sudah pasti hanya akan bersetuju jika "disergah" oleh Menteri Besar. Lihatlah bagaimana Shahidan Kassim masih lagi berjaya berkuasa di Perlis.

Menantu PM semakin panik sekarang ini. Sudahlah orang-orang kuatnya tersungkur, nasibnya di Rembau masih lagi belum pasti. Calon pembangkang yang melawan menantu PM, Badrul Hisham menjadi semakin popular disini.

Mangsa-mangsa menantu PM yang tersungkur akibat catur politik jahatnya seorang demi seorang telah menyatakan kesediaan mereka untuk membantu Badrul. Makin lama makin ramai.

Kami akan terus berjuang sehingga ketitisan darah yang terakhir untuk memastikan Rembau tidak akan menjadi tempat di Negeri Sembilan yang pertama tergadai ke Singapura. Tambahan lagi menantu PM adalah orang luar yang lahir di Kuwait.

Anak Jati Rembau.

Sunday, February 24, 2008

(KLPOS.COM) - Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub berharap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersama-sama menyekat kemenangan menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin yang bertanding untuk kerusi Parlimen Rembau.

Beliau juga menggesa para pengundi di Rembau agar meminta ulama yang mereka yakin kesalehannya untuk bersolat istikharah bagi mendapatkan petunjuk dari Allah sama ada mereka patut mengundi Khairy atau tidak.

Salahuddin memberi jaminan bahawa Barisan Alternatf (BA) sedang meneruskan usaha yang giat dan bersungguh-sungguh dengan para pemimpin dan ahli-ahli Umno yang mahu memastikan kekalahan Khairy.

"Dr Mahathir pernah menyatakan bahawa misinya ialah untuk mengajak para penyokong Barisan Nasional (BN) menggunakan pilihan raya kali ini untuk membersihkan parti itu khususnya Umno dari pemimpin yang korup dan tunggul mati.

"Beliau juga pernah menyatakan bahawa kerajaan pimpinan (Perdana Menteri, Datuk Seri) Abdullah (Ahmad) Badawi dikuasai Khairy.

"Malah menantu Perdana Menteri itu sendiri tidak menafikan dakwaan Mathias Chang (bekas Setiusaha Politik Dr Mahathir) bahawa beliau (Khairy) kaya-raya kerana menguasai Perdana Menteri," kata Salahuddin yang akan mempertahankan kerusi Kubang Kerian.

Khairy juga, katanya lagi, tidak menafikan pendedahan Dr Mahathir bahawa kerajaan BN Terengganu adalah bonekanya (Khairy) apabila Dr Mahathir menyatakan Terengganu sebenarnya diperintah oleh Khairy dan orang yang dipanggil Patrick Badawi oleh Dr Mahathir.

"Kita percaya kepada apa yang dinyatakan oleh Dr Mahathir itu. Jika beliau membuat dakwaan tanpa asas, sudah tentu beliau diambil tindakan.

"Mengapa Perdana Menteri, Khairy, keluarga dan rakan-rakan mereka yang terbabit dengan pendedahan Dr Mahathir terus menikus dan takut mengambil tindakan?

"Sedangkan, pendedahan-pendedahan Dr Mahathir itu mengaitkan mereka dengan perbuatan korup peringkat tertinggi kerana bapa mertua Khairy adalah Perdana Menteri dan Khairy sendiri didedahkan oleh Dr Mahathir menguasai kerajaan pimpinan bapa mertuanya," beliau mempersoalkan.

Oleh sebab itulah, Salahuddin meminta Dr Mahathir bertindak menyekat laluan Khairy ke puncak kuasa seperti yang diidamkannya.

Khairy sering dilaporkan mahu menjadi Perdana Menteri selewat-lewatnya ketika berumur 40 tahun. Beliau kini berumur 32 tahun.

"Memandangkan Khairy tidak mengambil apa-apa tindakan yang melampaui keraguan untuk menolak pendedahan-pendedahan Dr Mahathir itu, kita amat bimbang Khairy akan membawa kemusnahan kepada negara yang kita dicintai ini.

"Oleh sebab itulah saya benar-benar berharap Dr Mahathir membantu memastikan kekalahan Khairy di Rembau," kata beliau.

Kepada ahli-ahli Umno yang mengundi di Rembau, Salahuddin meminta mereka jangan membelakangkan nasihat Dr Mahathir yang juga bekas Presiden Umno.
Dr Mahathir baru-baru ini mengingatkan supaya umat Islam merujuk kepada ulama untuk memilih pemimpin termasuk dari sudut politik.

"Saya menggesa mereka supaya bersolat istikharah dahulu untuk mendapatkan petunjuk dari Allah adakah mereka patut mengundi Khairy yang bertanding mewakili BN di kawasan Parlimen Rembau.

"Jika mereka belum bersedia untuk bersolat istikharah, saya menggesa mereka memohon ulama yang mereka yakin kesalehannya untuk bersolat istikharah memohon petunjuk dari Allah adakah mereka patut mengundi Khairy," kata beliau.

Di pihak BA, Salahuddin memberitahu, segala usaha sedang dilakukan untuk memastikan Khairy tidak dipilih sebagai Ahli Parlimen Rembau termasuk meneruskan usaha yang giat dan bersungguh-sungguh dengan para pemimpin dan ahli-ahli Umno yang mahu memastikan kekalahan Khairy.

Wan Nordin Wan Yaacob
Sat Feb 23, 08 11:00:17 pm MYT

Tinggal beberapa jam sahaja lagi proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Umum ke-12 akan berjalan, sebaik sahaja pintu pagar tempat penamaan calon dibuka jam 9.00 pagi ini, bermulalah satu era baru dalam sejarah politik negara.

Pilihan Raya Umum ke-12 cukup mendapat tumpuan pelbagai pihak dari dalam mahupun luar negara. Rencah politik tanah air diwarnai dengan pelbagai lakaran politik yang kadang-kadang suram, ada kalanya cerah.

Kehadiran Penasihat Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam kancah politik negara selepas dihumban jauh oleh Umno pada taun 1998 dalam peristiwa 'duka'.
Ketika itu bermulalah edisi reformasi yang kini menjengah usia lapan tahun, dan sepanjang usia reformasi ini berlansung, pemimpin bertukar ganti dari yang muda hingga ke tua.

Lupakan kisah reformasi seketika kerana pilihan raya umum juga adalah proses reformasi dan transisi politik yang lebih penting untuk dibicarakan.

Semua mata akan tertumpu kepada Parlimen dan Dun 'panas' esok terutamanya di kawasan yang ditandingi muka-muka baru.Umno paling pening kerana terpaksa bergelut dengan penentangan di kalangan ahli dan akar umbi selepas Presiden Umno, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dikatakan meminggirkan kelompok penyokong bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pilihan raya umum kali ini juga lebih menarik memandangkan 'superstar mee segera' akan bertanding di Parlimen Rembau selepas disahkan pencalonannya oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato' Seri Utama Mohamad Hassan.

Superstar yang dimaksudkan ialah Naib ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang kini sedang giat berkempen di Kelantan dengan slogan '18 tahun, Pade Doh'.Di celah-celah kelekaan Khairy menumpukan kempen di Kelantan, menantu Perdana Menteri itu terlupa bahawa beliau adalah calon di Parlimen Rembau yang seara geografinya jauh dari negeri Kelantan.

Rembau merupakan satu Parlimen yang tidak pernah dihuni leh Kahiry meskipun ada yang menyatakan kaluarga menantu PM itu berasal dari Rembau, dan disebabkan beliau adalah Naib ketua Pergerakan Pemuda Umno, maka 'seat' nya terjamin.

Ramai sebenarnya mahu melihat, apakah keangkuhan Khairy membelah politik bangsa dengan gaya 'samsengnya' itu mampu diterima masyarakat yang sudah muak dengan adegan dan lakonan Khairy kononnya seorang pembela bangsa.

Suka penulis memetik rangkap kata calon Parlimen Rembau yang akan menentang Khairy, Badrul Hisham Shaharin bahawa menantu Perdana Menteri itu sememangnya popular kerana berbanding Khairy kerana " Saya tidak terpalit dengan tuduhan dan pendedahan keterlibatan sebagai agen asing (menggadaikan kedaulatan negara), saya bukan jutawan muda yang mengumpul harta dalam sekelip mata,"

Secara sinis Badrul Hisham mengingatkan Khairy bahawa jangan terlalu angkuh dengan kekuasaan yang ada tatkala Khairy hanya tahu bergantung kepada populariti sebagai menantu Perdana Menteri sahaja.

Persaingan di Parlimen Rembau bakal jadi tempat 'panas' yang akan ditumpu mata-mata politik selain lensa media yang bertandang membuat laporan.

Rembau juga kini sebaris dengan Parlimen lain yang sebelum ini dikenali sebagai Parlimen Panas antaranya ialah, Marang, Kuala Terengganu, Machang, Bukit Bintang, Pekan, Kota Bharu, Batu Gajah, Ipoh Timur dan Arau.

Justeru esok adalah tarikh keramat yang akan menentukan samada Badrul Hisham akan menentang kahiry di Parlimen Rembau, yang seterusnya akan menyaksikan kempen ala samseng yang akan digunakan Khairy sepertimana kaedah kempennya di Ijok awal tahun 2007.

Rembau bakal melakar sejarah bangsa jika Badrul Hisham berjaya mengalahkan Khairy yang dikatakan lebih popular meskipun tidak pernah merawat nasib susah masyarakat di Rembau.

Apa yang Khairy tahu hanyalah 'memberukkan' rakyat dan 'memonyetkan' bloggers.Sama-sama kita nantikan pertarungan yang akan bermula jam 9.00 pagi ini. - mks.