Mukhadimmah / Introduction

Sempena menjelangnya PILIHANRAYA UMUM 2008 pada tahun ini dan juga sempena kemajuan negara kita menuju kearah Wawasan 2020, eloklah kita berhenti sejenak dan merenung kembali SIAPAKAH pemimpin-pemimpin yang telah dan / atau akan dipilih oleh warganegara kita sendiri.

Sunday, February 24, 2008

Wan Nordin Wan Yaacob
Sat Feb 23, 08 11:00:17 pm MYT

Tinggal beberapa jam sahaja lagi proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Umum ke-12 akan berjalan, sebaik sahaja pintu pagar tempat penamaan calon dibuka jam 9.00 pagi ini, bermulalah satu era baru dalam sejarah politik negara.

Pilihan Raya Umum ke-12 cukup mendapat tumpuan pelbagai pihak dari dalam mahupun luar negara. Rencah politik tanah air diwarnai dengan pelbagai lakaran politik yang kadang-kadang suram, ada kalanya cerah.

Kehadiran Penasihat Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam kancah politik negara selepas dihumban jauh oleh Umno pada taun 1998 dalam peristiwa 'duka'.
Ketika itu bermulalah edisi reformasi yang kini menjengah usia lapan tahun, dan sepanjang usia reformasi ini berlansung, pemimpin bertukar ganti dari yang muda hingga ke tua.

Lupakan kisah reformasi seketika kerana pilihan raya umum juga adalah proses reformasi dan transisi politik yang lebih penting untuk dibicarakan.

Semua mata akan tertumpu kepada Parlimen dan Dun 'panas' esok terutamanya di kawasan yang ditandingi muka-muka baru.Umno paling pening kerana terpaksa bergelut dengan penentangan di kalangan ahli dan akar umbi selepas Presiden Umno, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dikatakan meminggirkan kelompok penyokong bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pilihan raya umum kali ini juga lebih menarik memandangkan 'superstar mee segera' akan bertanding di Parlimen Rembau selepas disahkan pencalonannya oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato' Seri Utama Mohamad Hassan.

Superstar yang dimaksudkan ialah Naib ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang kini sedang giat berkempen di Kelantan dengan slogan '18 tahun, Pade Doh'.Di celah-celah kelekaan Khairy menumpukan kempen di Kelantan, menantu Perdana Menteri itu terlupa bahawa beliau adalah calon di Parlimen Rembau yang seara geografinya jauh dari negeri Kelantan.

Rembau merupakan satu Parlimen yang tidak pernah dihuni leh Kahiry meskipun ada yang menyatakan kaluarga menantu PM itu berasal dari Rembau, dan disebabkan beliau adalah Naib ketua Pergerakan Pemuda Umno, maka 'seat' nya terjamin.

Ramai sebenarnya mahu melihat, apakah keangkuhan Khairy membelah politik bangsa dengan gaya 'samsengnya' itu mampu diterima masyarakat yang sudah muak dengan adegan dan lakonan Khairy kononnya seorang pembela bangsa.

Suka penulis memetik rangkap kata calon Parlimen Rembau yang akan menentang Khairy, Badrul Hisham Shaharin bahawa menantu Perdana Menteri itu sememangnya popular kerana berbanding Khairy kerana " Saya tidak terpalit dengan tuduhan dan pendedahan keterlibatan sebagai agen asing (menggadaikan kedaulatan negara), saya bukan jutawan muda yang mengumpul harta dalam sekelip mata,"

Secara sinis Badrul Hisham mengingatkan Khairy bahawa jangan terlalu angkuh dengan kekuasaan yang ada tatkala Khairy hanya tahu bergantung kepada populariti sebagai menantu Perdana Menteri sahaja.

Persaingan di Parlimen Rembau bakal jadi tempat 'panas' yang akan ditumpu mata-mata politik selain lensa media yang bertandang membuat laporan.

Rembau juga kini sebaris dengan Parlimen lain yang sebelum ini dikenali sebagai Parlimen Panas antaranya ialah, Marang, Kuala Terengganu, Machang, Bukit Bintang, Pekan, Kota Bharu, Batu Gajah, Ipoh Timur dan Arau.

Justeru esok adalah tarikh keramat yang akan menentukan samada Badrul Hisham akan menentang kahiry di Parlimen Rembau, yang seterusnya akan menyaksikan kempen ala samseng yang akan digunakan Khairy sepertimana kaedah kempennya di Ijok awal tahun 2007.

Rembau bakal melakar sejarah bangsa jika Badrul Hisham berjaya mengalahkan Khairy yang dikatakan lebih popular meskipun tidak pernah merawat nasib susah masyarakat di Rembau.

Apa yang Khairy tahu hanyalah 'memberukkan' rakyat dan 'memonyetkan' bloggers.Sama-sama kita nantikan pertarungan yang akan bermula jam 9.00 pagi ini. - mks.

0 comments: