Mukhadimmah / Introduction

Sempena menjelangnya PILIHANRAYA UMUM 2008 pada tahun ini dan juga sempena kemajuan negara kita menuju kearah Wawasan 2020, eloklah kita berhenti sejenak dan merenung kembali SIAPAKAH pemimpin-pemimpin yang telah dan / atau akan dipilih oleh warganegara kita sendiri.

Sunday, February 24, 2008

Status Semasa Hari Penamaan Calon

Tiga penjuru di Lembah Pantai
24/02/2008 10:54am

KUALA LUMPUR 24 Feb. - Menteri Pembangunan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dijangka menghadapi tentangan tiga penjuru di Parlimen Lembah Pantai.

Beliau yang mempertahankan kerusi itu dijangka ditentang oleh anak Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar dan calon Bebas, Periasamy a/l Nagaratnam.


BN sarawak menang 4 kerusi parlimen tanpa bertanding
24/02/2008 11:04am

KUCHING 25 Feb. – Barisan Nasional (BN) Sarawak melakar kemenangan awal pada hari penamaan calon apabila memenangi empat kerusi Parlimen tanpa bertanding.

Calon BN menang di kerusi Parlimen Tanjung Manis, Selangau, Kapit dan Kanowit.


BN menang tanpa bertanding di Kalabakan
24/02/2008 10:54am

KOTA KINABALU 24 Feb. – Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Abdul Ghapur Salleh, menang tanpa bertanding di Parlimen Kalabakan.

Abdul Ghafur diisytihar menang setelah hanya beliau sahaja yang menyerahkan borang pencalonan selepas tempoh pencalonan ditutup.


Rahman Palil menang tanpa bertanding DUN Sementa
24/02/2008 11:12am

SHAH ALAM 24 Feb. _ Exco Selangor, Datuk Abdul Rahman Palil menang tanpa bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sementa di bawah kawasan Parlimen Kapar.
- Utusan


Ketua Menteri Sabah ditentang 3 penjuru
24/02/2008 11:11am

SANDAKAN 24 Feb. - Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman ditentang tiga penjuru di Kaw DUN Sungai Sibuga. Mereka ialah Ahmad Thamrin Mohd Jaini (PKR), Gusniah Diong (bebas) dan Osman Enting (Bersekutu).

Presiden LDP, Datuk Liew Vui Keong sah ditentang Timbalan Ketua Pemuda parti sendiri, Fong Vun Fui yang bertanding tiket bebas di Parlimen Sandakan, seorang lagi calon DAP, Chong Chui Lin.

0 comments: