Mukhadimmah / Introduction
Wednesday, February 27, 2008
Zain el-Din Hashimi Wed Feb 27, 08 3:38:06 pm MYT
KUALA LUMPUR, 27 Feb (Hrkh) – Tinjauan Harakah mendapati para pemimpin Umno/BN telah melakukan banyak penyelewengan bagi memastikan mereka menang dalam pilihan raya umum ke-12 pada 8 Mac ini, sekali gus memerintah negara.
Penyelewengan yang dilakukan bukan sahaja menggunakan media cetak (surat khabar), media eletronik (stesen tv, radio), malah terkini menggunakan segala kemudahan awam seperti papan-papan iklan (billboard) di lebuh raya, stesen LRT dan sebagainya.
Inilah tindakan tidak bertamadun Umno, menggunakan apa sahaja walaupun melanggar etika dan arahan Pengerusi Suruhanha Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid minggu lalu yang memberi amaran keras kepada mana-mana parti politik yang bertanding agar tidak menggunakan kemudahan awam.
Kerakusan pemimpin Umno/BN berkempen untuk pilihan raya kali ini tidak mengikut tempoh seperti yang telah ditetapkan kerana mereka telah berkempen sakan sebelum tarikh pembubaran parlimen.
Menjelang hari pembuangan undi, Malaysia tidak lagi diperintah oleh pemimpin-pemimpin Barisan nasional, tetapi ditadbir oleh kerajaan sementara, justeru mereka tidak boleh menggunakan jawatan seperti Perdana Menteri atau timbalannya, mereka hanya boleh sebut Pengerusi Umno atau BN.
Dalam tempoh tersebut mereka tidak berkuasa hingga sampai hari mengundi. Maka mereka tidak boleh muncul dalam televisyen, kalau mereka dibenarkan, pembangkang juga mesti juga boleh berbuat demikian, tetapi semua itu mustahil boleh berlaku, semua pegawai di mana-mana jabatan bagaikan petugas BN untuk memastikan kemenangan parti itu.
Seorang pengguna LRT yang ditemui menegaskan, kerajaan pimpinan Umno/BN sudah tidak lagi relevan, kalau di Thailand, Pakistan parti pembangkang boleh meraih kemenangan dengan berhadapan parti pemerintah dalam pilihan raya, angin kemenangan itu juga tidak mustahil akan bertiup pada 8 Mac di Malaysia.
"Saya berkata demikian kerana tidak berpuas hati mereka menggunakan segala kemudahan awam tanpa batasan, sedangkan pilihan raya saya ibaratkan macam peperangan, dari segi logiknya, tentera yang memiliki segala persenjataan canggih akan menang berbanding dengan tentera yang hanya menggunakan senapang patah, tetapi Allah penentu pada 8 Mac nanti," tegas beliau dengan nada kesal.
Pendapat beliau itu disokong oleh seorang Pengurus Besar sebuah syarikat swasta yang tidak mahu dikenali Beliau kesal dengan tindakan pihak berkuasa. Katanya tidak cukup dengan itu semua, mereka menjadikan para pegawai SPR sebagai balaci khususnya pada hari penamaan calon 24 Februari lalu.
Katanya lagi, beliau mendapat maklumat terdapat seorang calon pembangkang (PAS) yang bertanding di salah sebuah Dun di Selangor ditawarkan sejumlah wang dari calon BN agar menarik diri supaya tidak bertanding sebelum jam 3.00 petang tadi (Rabu 27 Feb).
Menurutnya, jika semua calon bertanding secara ‘gentlement’ dalam pilihan raya tanpa bantuan SPR, media cetak atau eletronik tidak berpihak mana-mana, rasanya ia satu kemenangan yang amat berharga kerana pilihan raya dijalankan dengan bersih dan adil.
Labels: Harakah, Pilihanraya Umum ke12 (2008)
0 comments:
Post a Comment