Mukhadimmah / Introduction
Tuesday, January 22, 2008
Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah kepada pihak pembangkang kerana telah mengetengahkan pelbagai isu yang penting / relevan demi negara dan warga malaysia dengan ruang yang amat terhad. Walaupun saya tidak melibatkan secara langsung dengan mana2 parti politik, saya percaya ramai rakyat negara ini peka dengan sebarang perkembangan politik di dalam negara.
Rakyat malaysia perlu matang untuk menerima sebarang perubahan positif tanpa mengorbankan sebarang nilai-nilai kehidupan sedia ada (yang baik saja...yang tak baik tu perlulah diubah). Apakah rakyat malaysia tidak cukup matang sekarang untuk menerima perubahan kerajaan? Kerapkali kerajaan BN memberi persepsi bahawa malaysia akan kucar-kacir, huru-hara dan macam2 lagi sekiranya menukar kerajaan dengan memilih pembangkang. Kononnya segala apa yang dinikmati sekarang ini akan lenyap sekelip mata sekiranya tidak memilih kerajaan pimpinan sekarang. Sedangkan pihak yang menyokong kerajaan BN yang tahu tentang propaganda ini pula terus mengetengahkan isu ini demi kepentingan peribadi.
Naluri setiap insan untuk menjaga kebajikan tanggungan insan itu secara mutlaknya tetap ada. seorang bapa akan menjaga kebajikan keluarganya, seorang penghulu akan menjaga kebajikan orang kampungnya, seorang ustaz akan menjaga kebajikan masyarakat islamnya, seorang sami akan menjaga kebajikan penganut agamanya. Ini adalah naluri semulajadi. Inilah cabaran pihak pembangkang untuk meyakinkan warga malaysia supaya menerima perubahan. Warga yang jujur takut kehilangan kebajikan mereka dan warga yang mengambil kesempatan peribadi (rasuah, jenayah kolar putih, dll) juga takut kehilangan kebajikan sumber haram mereka.
Mampukah pembangkang dapat menangani cabaran ini sempena menjelangnya pilihanraya umum kelak dan berupaya menunjukkan model pimpinan yang lebih bersih, progresif dan cemerlang.
Labels: Cadangan dan Komen, Pemimpin dan Rakyat
1 comments:
Ya. Saya yakin pembangkang akan mampu dan berjaya menangani permasalahan ini sekiranya pilihanraya dijalankan secara jujur, telus dan bersih. Tetapi, mana mungkin kerajaan yang ada sekarang ini ingin berdiam diri dan rela melepaskan pembangkang menerajui kerajaan? Anda, saya dan semua rakyat Malaysia juga boleh berfikir, andainya jika kita sendiri berada di atas, adakah kita rela melepaskan tahta itu kepada orang lain walaupun tahta dipegang penuh dengan racun dan tuba? hehehe...fikirkanlah..salam.
Post a Comment