Mukhadimmah / Introduction

Sempena menjelangnya PILIHANRAYA UMUM 2008 pada tahun ini dan juga sempena kemajuan negara kita menuju kearah Wawasan 2020, eloklah kita berhenti sejenak dan merenung kembali SIAPAKAH pemimpin-pemimpin yang telah dan / atau akan dipilih oleh warganegara kita sendiri.

Monday, February 04, 2008

Ahli Parlimen Putrajaya, Adnan Mansor memberikan jaminan penuh kepada kakitangan awam yang ingin aktif dan mengundi PAS pada pilihanraya akan datang.

Dalam kenyataannya yang dipetik dari NST, 4 Februari 2008, beliau mengakui bahawa terdapat kakitangan Kerajaan termasuk di Kementeriannya sendiri yang menjadi ahli PAS.

Walaubagaimana pun beliau tidak akan mengambil sebarang tindakan kepada mereka walaupun beliau kalah pada pilihanraya akan datang ditangan PAS.

Kakitangan awam wajib menunaikan hak mereka sebagai pengundi dan tiada sebarang undang-undang pun yang boleh melarang mereka mengundi PAS pada pilihanraya akan datang.
Seandainya terdapat kakitangan awam yang dipecat atau diambil tindakan tatatertib kerana mengundi PAS pada pilihanraya akan datang, peguam-peguam PAS bersedia untuk membantu mereka dalam mengemukakan saman kepada Kerajaan Barisan Nasional.

Mantan Presiden PAS, Allahyarham Dato’ Fadhil Noor pernah menyaman Universiti Teknologi Malaysia (UTM) kerana memecat beliau ekoran tindakan beliau bertanding dalam pilihan raya pada tahun 1977 di Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Alor Merah dan Parlimen Kuala Kedah.

Tindakan pihak UTM itu dinafikan oleh mahkamah dan beliau diberikan gantirungi diatas pemecatan berkenaan.

Dalam keadaan sekarang kenyataan Adnan Mansor boleh dijadikan satu peluang kepada kakitangan kerajaan untuk tampil lebih berani bagi menyertai dan mengundi PAS.

PAS Wilayah Persekutuan menyambut baik jaminan Adnan ini dan akan mempastikan undi kepada PAS di Putrajaya akan menjadi dominan pada pilihanraya akan datang.

1 comments:

Anonymous said...

Bukan apa tu...saja-saja nak sedapkan hati bosnya jeee.... entah-entah dia sendiri yang undi PAS. Mana le tauuu....orang macam ni bukannya boleh dipercaya......